PERJUMPAAN BERSAMA PETUGAS KAUNTER NIKAH, CERAI DAN RUJUK, BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA, JAWI BAGI BULAN NOVEMBER 2023
16 November 2023 | 2 Jamadilawal 1445H (Khamis) – Cawangan Nikah Cerai dan Rujuk (NCR), Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Perjumpaan Bersama Petugas Kaunter NCR, BPPK. Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk memastikan fokus kompetensi petugas-petugas yang mengendalikan urusan nikah, cerai dan rujuk kepada masyrakat awam sentiasa dinamik serta pengurusan khidmat kaunter yang efisien.Selain itu juga, perjumpaan ini juga bertujuan berkongsi maklumat dan bertukar- tukar pandangan berkaitan dengan isu-isu semasa NCR seperti urusan dokumen perkahwinan, permohonan 4P dan perkara-perkara yang berkaitan dengan NCR. Taklimat perjumpaan ini disampaikan oleh ketua-ketua unit NCR dan diakhiri dengan rumusan oleh YBrs. Ustaz Mohd Sahirman bin Ahmad, Ketua Cawangan NCR, BPPK.
Disediakan oleh: Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan |