05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:04
Zohor
16:26
Asar
19:01
Maghrib
20:15
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PROFESIONALISME PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN PERCERAIAN DAN RUJU’ ORANG ISLAM WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 2/2023

KURSUS PROFESIONALISME 1

12 Oktober 2023 | 26 Rabiulawal 1445H (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah mengadakan Kursus Profesionalisme Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Siri 2/2023 pada 10-12 Oktober 2023 (Selasa hingga Khamis) bertempat di Kalumpang Resort & Training Centre, Kalumpang, Hulu Selangor. Peserta yang dipilih untuk menyertai kursus ini terdiri daripada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya lantikan baharu.                                 

Objektif utama penganjuran kursus ini adalah bagi memberikan pendedahan, meningkatkan ilmu pengetahuan, etika kerja dan integriti di kalangan PPNCR. Ia juga bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pemakaian peruntukan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303], garis panduan dan peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa dan diterima pakai di Jabatan ini secara sistematik.  Selain itu, kursus ini bertujuan membina keyakinan diri, meningkatkan kefahaman PPNCR dari segi hukum hakam dan diselaraskan dengan peruntukkan undang-undang sedia ada. Beberapa siri Latihan Dalam Kumpulan (LDK) juga turut diadakan bagi membolehkan peserta menyesuaikan diri dalam tempoh masa yang singkat. Melalui LDK, para peserta berpeluang berkongsi pendapat, belajar kaedah penyelesaian masalah, mengenal potensi diri, memupuk sikap keterbukaan dan kerjasama serta melatih sikap bertanggungjawab dalam mengurus amanah.

Kursus ini dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk "Tanggungjawab PPNCR" yang disampaikan oleh Puan Azlina binti Soaed, Penolong Pengarah Kanan, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak, Selangor bagi membolehkan PPNCR mengetahui apakah fungsi, peranan dan tanggungjawab mereka. Slot kedua disampaikan oleh Tuan Saifullah bin Hamzah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor bertajuk "Undang-Undang Keluarga Islam" sebagai salah satu inisiatif memberi pendedahan berkenaan pemakaian Akta 303 di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Slot seterusnya disampaikan oleh Encik Suhaimi bin Ahmad Wakid, Penolong Pengarah Kanan PAID Petaling, Selangor bertajuk "Kemahiran Rundingcara Keluarga Islam" bertujuan memberi kemahiran dan teknik asas memberi nasihat dan perundingan kepada klien. Sesi malam pula diadakan pembentangan dan dialog mengenai isu-isu semasa NCR yang dikendalikan oleh penyelaras program, Ustaz Mohammad Maliki bin Yaacob, Penolong Pengarah Kanan BPPK JAWI. Slot terakhir disampaikan oleh Tuan Muhamad Haidir bin Zainuddin, Pegawai Integriti JPM Putrajaya dengan tajuk "Integriti dan Sifat Unggul PPNCR" bagi membentuk budaya integriti dan etika kerja yang cemerlang.

Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hasyidah binti Mohd Noor, Penolong Pengarah Kanan, BPPK JAWI yang mewakili Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK. Semoga penganjuran program seperti ini dapat memberikan kefahaman dan pengetahuan yang jelas kepada peserta-peserta seterusnya dapat dipraktikkan dalam urusan pelaksanaan tugasan harian mereka kelak.

KURSUS PROFESIONALISME 4 KURSUS PROFESIONALISME 3
kursus profesionalisme 8 KURSUS PROFESIONALISME 5
kursus profesionalisme 6 kursus profesionalisme 7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar