05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:04
Zohor
16:26
Asar
19:01
Maghrib
20:15
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM FASILITATOR BERSAMA KPNCR WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN

Program Fasilitator 1 2

26 September 2023 | 10 Rabiulawal 1445H (Selasa) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah mengadakan Program Fasilitator Bersama Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (KPNCR) Wilayah-Wilayah Persekutuan pada 26 September 2023 (Selasa) bertempat di Dewan Muslimat, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Fasilitator yang terlibat dalam program ini ialah mereka yang dilantik oleh JAWI bagi membantu dalam memberi khidmat nasihat, pandangan dan runding cara kekeluargaan kepada masyarakat di Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) dan Anjung Khidmat Keluarga JAWI (AKUAJA). 

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk berkongsi ilmu, teknik serta pengalaman daripada penceramah-penceramah yang berpengalaman dalam mengurus dan mengendali sesi runding cara dan kaunseling. Seramai 40 peserta dalam kalangan fasilitator, pegawai dan kakitangan BPPK telah hadir bagi menjayakan program ini. 

Slot pertama bertajuk "Khidmatmu Membantuku” telah disampaikan oleh YBrs. Puan Noridah binti Jaafar, Pegawai Psikologi (Pesara Kerajaan). Beliau telah berkongsi cara bagaimana kaunseling yang berkesan dapat dilaksanakan dan ilmu yang perlu ada pada seorang kaunselor.  

Slot seterusnya telah disampaikan oleh YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK JAWI, merangkap KPNCR Wilayah-Wilayah Persekutuan. Beliau yang juga seorang Kaunselor Berdaftar telah berkongsi ilmu tentang fasa-fasa yang wujud dalam pelaksanaan Kaunseling Kelompok. Seterusnya, simulasi bagi Kaunseling Kelompok ini telah dijalankan bagi memberi kefahaman dan pendedahan kepada para peserta.

Program ini bersifat interaktif dua hala antara penceramah dan peserta serta berjaya menarik minat para peserta dalam menimba ilmu dan perkongsian. Diharapkan program seumpama ini dapat memberi manfaat dan impak positif kepada para peserta dalam melaksanakan tugas dengan lebih baik.

Program Fasilitator 2 2 Program Fasilitator 9
Program Fasilitator 4 Program Fasilitator 5
Program Fasilitator 8 Program Fasilitator 6
Program Fasilitator 10

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar