PENGHAYATAN NILAI-NILAI ISLAM SIRI 6 /2023
20 SEPTEMBER 2023M | 4 RABIULAWAL 1445H (RABU) – JAWI meneruskan siri jelajah Program Penghayatan Nilai-nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam Siri 6/2023. Seramai 80 orang peserta yang terdiri dari kakitangan Telekom Malaysia telah menyertai program ini. Program kali ini diadakan di Digital Theater, TM Digital Academy, Cyberjaya.
Antara slot ceramah yang disediakan bertajuk "Institusi Keluarga Bahagia Ke Arah Kecemerlangan Prestasi Kerja” oleh Us Rosli bin Daud daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Slot kedua “Rezeki Berkat ” oleh Us Wan Md Fadzli bin Wan Hamzah.
Objektif utama program ini ialah bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap amalan dan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan bagi melahirkan anggota perkhidmatan awam yang mempunyai kekuatan spiritual, intelektual dan emosi yang seimbang.
Program turut dihadiri oleh Puan Ir Norhasita binti Mohd Yusoff mewakili Badan Agama Islam Telekom (BAKIT) dan Tuan Hj Mohd Asri bin Mohd Zain mewakil Surau Menara TM Kuala Lumpur. Manakala majlis penutup disempurnakan oleh Ustaz Saiful Azhar bin Wahab, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan