SEMINAR PEMAHAMAN HAK MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN 2023
27 JULAI 2023M | 9 MUHARAM 1445H (AHAD) – Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan Seminar Pemahaman Hak Mualaf sempena Bulan Menyantuni Mualaf Wilayah Persekutuan 2023. Seminar yang diadakan di Kompleks Darul Hidayah, Sentul Kuala Lumpur ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang tuntas kepada semua mualaf berkaitan hak dan keistimewaan serta perkara- perkara- yang perlu dipatuhi oleh seorang mualaf setelah memeluk agama Islam terutama dalam bidang pengajian dan kebajikan.
Alhamdulillah, sebanyak 120 peserta berjaya hadir serta dapat memahami dengan sebaiknya penerangan yg telah disampaikan oleh dua orang penceramah yang sangat berpengalaman iaitu Ustaz Mohd Nazar bin Ibrahim dari JAWI dan Ustaz Saiful Hafiz bin Abdullah dari Bahagian Baitulmal, MAIWP.
Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Semoga seminar ini memberi kefahaman yang sebaiknya kepada asnaf mualaf untuk terus memahami hak mereka seterusnya berjaya di dunia dan di akhirat.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan