PERKASA MUALAF DAN DAKWAH NON MUSLIM MELALUI KARNIVAL HARMONI MADANI 2023
23 JULAI 2023M | 5 MUHARAM 1445H (AHAD) – JAWI melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, telah menganjurkan Karnival Harmoni MADANI 2023 sempena Bulan Menyantuni Mualaf Wilayah Persekutuan 2023. Progam selama 2 hari bermula 22 – 23 Julai 2023 diadakan di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara Kepong berjalan lancar dengan pelbagai aktiviti disediakan untuk golongan mualaf Wilayah Persekutuan dan masyarakat bukan Islam. Sebanyak 13 Pertubuhan NGO mualaf turut menyertai dan bekerjasama dalam program ini.
Karnival Harmoni MADANI yang berkonsepkan edutainment ini menghimpunkan pelbagai aktiviti seperti Seminar Pemantapan Ibadah, Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Azan, Gubahan, Acara Dart, Mewarna, Kuiz, Dialog Harmoni & Masjid Tour. Selain itu juga, sebanyak 200 sumbangan barang keperluan harian telah diagihkan kepada asnaf setempat dan golongan mualaf.
Karnival ini dimeriahkan dengan Persembahan Kebudayaan yang menggambarkan masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama melibatkan masyarakat Cina, India dan Melayu seperti Gendang Cina, Gendang India & persembahan silat. Pelbagai hadiah juga disediakan untuk para pengunjung. Karnival ini disempurnakan oleh YBrs Puan Rashinah binti Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pengurusan, JAWI.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan