PROGRAM PENGHAYATAN NILAI ISLAM DALAM PERKHIDMATAN SIRI 1/2023
22 MEI 2023M | 2 ZULKAEDAH 1444H (ISNIN) – Program Penghayatan Nilai-nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam Siri 1 /2023 diadakan di Dewan Serbaguna, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Seramai 40 orang peserta yang terdiri dari kakitangan KEMAS Wilayah Persekutuan telah menyertai program ini. Ceramah bertajuk "Kerja Dan Ibadah Menurut Perspektif Al Quran" telah disampaikan oleh penceramah jemputan adalah Ustaz Haji Abd Halim bin Zakaria, Ketua Imam Masjid Talhah bin Ubaidillah.
Objektif utama program ini ialah bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap amalan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan bagi melahirkan anggota perkhidmatan awam yang mempunyai kekuatan spiritual, intelektual dan emosi yang seimbang.
Program turut dihadiri oleh Puan Suriani binti Abdullah mewakili Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan. Manakala majlis penutup disempurnakan oleh Ustaz Saiful Azhar bin Wahab, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan