JAWI ANJUR BENGKEL PENGHASILAN KANDUNGAN DAKWAH DI MEDIA SOSIAL
11 MEI 2023M | 20 SYAWAL 1444H (KHAMIS) – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Media Baharu, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam telah melaksanakan Bengkel Penghasilan Kandungan Dakwah di Media Sosial bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur. Bengkel ini dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Penceramah undangan adalah orang yang tidak asing lagi di Media Sosial iaitu Ustaz Ahmad Fuad bin Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da'i Fuad. Beliau berjaya menarik minat peserta dan memberi input-input menarik berkaitan content yang sesuai untuk berdakwah dalam media sosial kepada semua lapisan umur dan pelbagai info untuk menambah baik dakwah di Media Sosial.
Hari kedua pula peserta didedahkan ilmu berkaitan penghasilan video yang menarik yang disampaikan oleh penceramah, Cikgu Dzulfakar Hashim dari Kerabat Digital Sdn. Bhd. Alhamdulillah, diharapkan bengkel ini dapat menambah kefahaman dan minat serta kreativiti pegawai dan kakitangan JAWI untuk berkarya sekaligus dapat menghasilkan karya dakwah di Media Sosial dengan pengisian yang menarik serta berjaya menjadi tular di kalangan masyarakat serta memberi manfaat yang berpanjangan.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan