PROGRAM ZIARAH RAMAH KE HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL) ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)
17 MEI 2023M | 26 SYAWAL 1444H (RABU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Hospital Kuala Lumpur (HKL) turun menyantuni para pesakit yang sedang menerima rawatan di HKL melalui siri dakwah bil hal, Program Ziarah RAMAH Siri 3.
Program Ziarah RAMAH diadakan sempena Aidil Fitri 1444H bertujuan menyantuni dan menyampaikan sumbangan melalui pemberian barangan keperluan diri berserta sumbangan wang tunai kepada para pesakit. Serahan barangan keperluan diri telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhammad Hatta bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI mewakili Pengurusan Tertinggi JAWI. Manakala sumbangan wang tunai telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Idham bin Mohamed Yunus, Pengurus Negeri (YaPIEM) Wilayah Persekutuan. Seramai 50 orang pesakit telah menerima sumbangan tersebut. Semoga dengan aktiviti dakwah ke lapangan seumpama ini dapat memberi sokongan moral kepada para pesakit.
Turut bersama pada program ini ialah Ketua Jabatan Institut Radioterapi dan Onkologi HKL, YBrs. Dr. Ros Suzanna binti Ahmad Bustamam. JAWI merakamkan terima kasih kepada HKL dan YaPEIM, semoga kolaborasi strategik dalam pelaksanaan dakwah bil hal dan Kebajikan pesakit antara JAWI, HKL dan YaPIEM dapat diperluaskan lagi di masa akan datang.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan