ANAK YATIM DISANTUNI JAWI MELALUI KELAS TAFAQQUH REMAJA
14 MEI 2023M | 23 SYAWAL 1444H (AHAD) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Program Kelas Tafaqquh Remaja Siri 6 kepada anak-anak yatim dan miskin di Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia.
Pengisian program telah disampaikan oleh Ustazah Noorazila binti Zainal Abidin. Seramai 40 orang anak-anak penghuni di sini telah hadir mengikuti majlis ilmu ini. Turut hadir bersama ialah Pengerusi Pertubuhan tersebut, Dato' Faridah binti Hj. Omar Shah.
Antara intipati perkongsian adalah berkaitan amalan-amalan fardhu yang perlu disempurnakan. Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat memberi nilai tambah kepada peserta dalam memantapkan ilmu agama.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan