11 KELUARGA MUALAF DISANTUNI DI PENGHUJUNG RAMADAN AL-MUBARAK
11 APRIL 2023M | 20 RAMADAN 1444H (SELASA) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Amaniah Mualaf Care Centre, Kepong (AMCC) telah melaksanakan Ziarah Mahabbah Mualaf pada hari Selasa, 11 April 2023 bersamaan 20 Ramadan 1444 Hijri.
Alhamdulillah, seramai 11 keluarga mualaf telah di santuni dan diziarahi sekitar kawasan kepong. Ziarah dengan tujuan mengeratkan silaturrahim disamping memperkukuhkan akidah sesama mualaf ini mendapat kerjasama yang baik dari mualaf yang terpilih. Pelbagai perkongsian dan luahan rasa telah dapat dikongsikan sepanjang sesi ziarah ini. Team dakwah JAWI dan NGO AMCC telah bertungkus lumus memastikan sesi ziarah dilaksanakan sebaik mungkin disamping menyampaikan beberapa kalam mutiara nasihat buat sahabat mualaf yang diraikan.
Alhamdulillah, sumbangan tunai dan barangan asasi telah disampaikan dengan harapan para mualaf dapat meringankan beban keluarga dan membantu kelangsungan hidup khususnya persiapan menjelang lebaran yang bakal tiba.
Semoga ziarah ini dapat memperkukuhkan akidah para mualaf dan JAWI bersama NGO sentiasa komited menjaga kebajikan dengan sebaik mungkin.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan