PERJUMPAAN DAN AMANAT KPPK BPPK JAWI BERSAMA PEGAWAI FASILITATOR PKKSK DAN AKUAJA
18 Januari 2023 | 25 Jamadilakhir 1444H (Rabu) – Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK), Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI, YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim berkesempatan menghadiri perjumpaan bersama para pegawai fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) serta Anjung Khidmat Keluarga JAWI (AKUAJA). Perjumpaan kali pertama ini adalah bagi menyampaikan amanat kepada para pegawai berkaitan dengan peranan dan perkhidmatan mereka sebagai fasilitator di PKKSK dan AKUAJA. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh YBrs. Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah, BPPK, JAWI.
Majlis dimulakan dengan sesi ta’aruf bersama pegawai-pegawai fasilitator seterusnya sesi perbincangan berkaitan memperkasakan perkhidmatan khidmat nasihat di PKKSK dan AKUAJA yang bertempat di UTC Keramat, UTC Pudu dan Masjid Usamah bin Zaid di Kuala Lumpur serta Surau al-Iman dan Surau al-Furqan, Putrajaya. Mereka ini ditugaskan sebagai pegawai khidmat nasihat dan runding cara pada hari minggu yang bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang mengikut jadual tugasan yang telah ditetapkan.
Secara keseluruhannya, majlis perjumpaan dan amanat KPPK yang diadakan ini berjalan dengan baik dan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Disediakan oleh:
Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan