MESYUARAT PENYELARASAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN PENGOPERASIAN ‘ILAJ HOME
13 JANUARI 2023M | 20 JAMADILAKHIR 1444H (JUMAAT) – Mesyuarat Penyelarasan Keperluan Perkhidmatan Pengoperasian ‘Ilaj Home telah dilaksanakan pada 12 Januari 2023, Khamis bertempat di Dewan Syura Perdana, Kompleks Pusat Islam. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Rashinah binti Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Pengurusan) melibatkan pihak JAKIM khususnya daripada Bahagian Kewangan dan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti.
Mesyuarat bertujuan untuk meneliti fasiliti, perkhidmatan, peralatan asas dan sokongan Kompleks Ilaj Home yang bakal beroperasi sedikit masa lagi. Ia bagi memastikan kesiapsiagaan pengoperasian Ilaj Home mencapai objektif yang ditetapkan dan diurus secara professional dan efektif.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Jumlah paparan: 1520