Ambang Gema Syukur 2023 Promosikan Mesej Perpaduan dan Keharmonian
Program Ambang Gema Syukur 2023 diadakan sempena ketibaan tahun baharu bertempat di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur dengan pelbagai pengisian menarik seperti aktiviti jualan dan pameran, Open Mosque, mini karnival, doa dan munajat, hiburan kerohanian dan Masjid Tour. Program Ambang Gema Syukur 2023 diadakan sempena ketibaan tahun baharu bertempat di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur dengan pelbagai pengisian menarik seperti aktiviti jualan dan pameran, Open Mosque, mini karnival, doa dan munajat, hiburan kerohanian dan Masjid Tour.
Pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan disertai oleh para pengunjung bersama keluarga seperti Klinik Al-Fatihah, Pertandingan Azan, Cabaran Hafazan Surah, aktiviti Mewarna, permainan Teka-Teki dan Dam Ular. Selain itu, aktiviti sukaneka juga diadakan seperti Sepakan Penalti, Baling Gelung, dan Kotak Misteri dengan pelbagai hadiah menarik yang disediakan untuk para pemenang.
Seramai 601 orang pelancong dari dalam dan luar negara pula menyertai program "Masjid Tour" bagi mempromosikan fungsi dan peranan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad sebagai masjid pelancongan sekaligus menyebarkan konsep cinta (Al-Hub) dan kasih sayang serta perpaduan dan keharmonian yang menjadi asas kerukunan dalam ajaran Islam.
Program Ambang Gema Syukur 2023 turut mengundang barisan pendakwah terkenal tanah air di dalam segmen forum agama dan munajat. Selain itu, para pengunjung disajikan dengan hiburan mendidik jiwa yang dipersembahkan oleh kumpulan nasyid UNIC, Imam Muda Najdi, Imam Muda Hafiz, PU Amin dan ramai lagi.
Program diakhiri dengan ibadah qiamullail dan solat subuh berjemaah serta kuliah Subuh bertajuk “Azam Tahun Baharu” yang dipimpin dan disampaikan oleh Imam Muda Aran.