KURSUS PROFESIONALISME PENDAKWAH TAHUN 2022
9 NOVEMBER 2022M | 14 RABIULAKHIR 1444H (RABU) – JAWI melalui Cawangan Penyelarasan dan Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Kursus Profesionalisme Pendakwah Tahun 2022 bertempat di Dewan Muslimat, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 8 hingga 9 November 2022. Objektif utama kursus adalah untuk melahirkan pegawai dan kakitangan yang kompeten dalam menjalankan tugas sebagai pendakwah, mempunyai kemahiran menyampaikan dakwah secara berhikmah, harmoni dan rahmah dan dalam masa yang sama melatih pegawai dan kakitangan untuk bersedia menongkah arus dengan satu iltizam yang kuat dalam menghadapi cabaran dan menyampaikan dakwah kepada komuniti yang pelbagai latar belakang. Seramai 30 orang peserta telah mengikuti kursus ini.
Pengisian slot pada 8 November 2022 (Selasa) adalah mengupas tajuk berkaitan Metodologi Dakwah, Sasaran Dakwah dan Teknik Penyampaian Dakwah yang telah disampaikan oleh Encik Muhamad Syaari bin Ab. Rahman, Syarikat Ibrah Paradigma Sdn. Bhd. dan diikuti pengisian slot pada 9 November 2022 (Rabu) bertajuk Pendekatan Dakwah Melalui Tarikan, Pendekatan Psikologi Dakwah Untuk Non-Muslim dan Dakwah Mengikut Perkembangan Sasaran yang disampaikan oleh Dr. Hamdi bin Ishak, Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Semoga Kursus Profesionalisme Pendakwah Tahun 2022 yang dianjurkan ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para peserta sebagaimana yang disasarkan seterusnya dapat dimanfaatkan ke arah peningkatan tahap professionalisme pendakwah dalam melaksanakan tugasan dakwah dengan lebih cemerlang.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan