JAWI DAN PERSATUAN ULAMA MALAYSIA (PUM) ANJUR PROGRAM RIYADHUL ILMI BERSAMA PULAPOL TAHUN 2022
11 OKTOBER 2022M | 14 RABIULAWAL 1444H (SELASA) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Program Riyadhul Ilmi Bersama PULAPOL Tahun 2022.
Seramai lebih 200 orang peserta daripada kalangan pelatih yang menjalani latihan di PULAPOL telah hadir dalam menjayakan program pada hari ini. Majlis dimulakan dengan sesi ceramah yang bertajuk "Solat Siddatul Khauf" yang telah dikupas dengan baik oleh penceramah jemputan iaitu YBrs. Ustaz Mohd Noor bin Mohamad, Pendakwah Bebas.
Majlis ditutup dengan penyampaian cendera hati kenangan oleh YDH SUPT Norosid bin Mamat; Timbalan Pengerusi Masjid Salehin, PULAPOL, Jalan Semarak, Kuala Lumpur kepada Penceramah Jemputan dan wakil JAWI; Ustaz Saiful Azhar bin Wahab.
Semoga usaha menyampaikan misi dakwah ini diberkati Allah s.w.t. dan perkongsian ilmu ini dapat memberikan serba sedikit kefahaman dalam memantapkan pengetahuan dalam ibadah seharian daripada semasa ke semasa.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Jumlah paparan: 1303