ZIARAH RAMAH (RAKAN MASJID HOSPITAL) KE HOSPITAL PUTRAJAYA (HPJ)
22 SEPTEMBER 2022M | 25 SAFAR 1444H (KHAMIS) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) dan Bahagian Pengurusan Masjid (BPM) JAWI dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan telah berjaya melaksanakan Program Ziarah RAMAH ke Hospital Putrajaya (HPJ). Tujuan utama pelaksanaan ziarah adalah untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di HPJ. Serahan barangan berbentuk keperluan wad hospital disempurnakan oleh YBhg Dato’ Mohamad bin Haji Abdullah, Pengerusi PUM Cawangan Wilayah Persekutuan. Manakala sumbangan tunai disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Mustaim bin Mat mewakili BPM JAWI diiringi oleh YBrs. Puan Nurul Insyirah binti Mohd Ishah, Ketua Unit Perhubungan Awam HPJ. Sumbangan barangan dan wang tunai tersebut telah diserahkan kepada 50 orang pesakit yang mendapatkan rawatan di Wad Ortopedik 3C HPJ. Semoga dengan penganjuran program dan sumbangan yang disampaikan dapat memberi sokongan moral kepada para pesakit di samping mengeratkan hubungan kolaborasi strategik antara JAWI dan HPJ di masa hadapan. Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI |