KONTINJEN WILAYAH PERSEKUTUAN MENUNJUKKAN SEMANGAT JUANG YANG HEBAT SEMPENA MAHRAJAN MUALAF PERINGKAT KEBANGSAAN 2022
20 Ogos 2022M | 22 Muharam 1444H (Sabtu) – MAHRAJAN Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dilaksanakan dengan jayanya pada bermula hari Khamis sehingga Sabtu, 18 - 20 Ogos 2022. Alhamdulillah, mahrajan peringkat kebangsaan yang diadakan secara dwi tahunan ini berjaya mengumpulkan para peserta mualaf dari seluruh negeri. Negeri Terengganu terpilih selaku tuan rumah untuk pelaksanaannya dan Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur Kampus Besut telah menjadi bukti dan penganjurannya begitu baik. Terdapat 5 Acara telah dipertandingkan bagi kategori lelaki dan wanita. Antaranya Acara Tilawah al-Quran, Hafazan, Syarahan, Nasyid dan Azan Iqamat. Alhamdulillah, peserta Wilayah Persekutuan telah berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam menyahut cabaran bagi menyertai setiap acara. Ternyata para peserta dari kontinjen negeri yang lain jua begitu hebat dan memberikan persembahan terbaik. Subhanallah. DYMM Sultan dan DYMM Sultanah Terengganu Darul Iman telah mencemar duli untuk merasmikan Majlis Penutupan Mahrajan serta bersama sama dalam majlis santapan Diraja meraikan para peserta mualaf dan kontinjen seluruh negeri yang terlibat. Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Tn.Hj Mohd Fadzil bin Abu Kasim bersama Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan turut bersama kontinjen Wilayah Persekutuan pada malam penutupan bagi mewaliki Pengarah JAWI. Semoga pengalaman dan ilmu pertandingan yang baharu dapat menyuntik semangat para peserta mahrajan Wilayah Persekutuan bagi mempersiapkan diri bagi mahrajan yang akan datang. Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada para peserta di atas komitmen, guru pembimbing bagi setiap acara yang amat membantu seterusnya urus setia yang bertungkus lumus mempersiapkan kontinjen Wilayah Persekutuan sepanjang mengharungi mahrajan kebangsaan pada tahun ini. Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI |