WACANA INISIATIF LELAKI QAWWAM DENGAN KERJASAMA MASJID ZAID BIN THABIT
21 Ogos 2022M | 23 Muharam 1444H (Ahad) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Masjid Zaid Bin Thabit, Kuala Lumpur telah mengadakan Program Wacana Inisiatif Lelaki Qawwam. Antara pengisian utama adalah Kuliah Dhuha bertajuk "Lelaki Qawwam: Lelaki Pilihan" yang disampaikan oleh Ustaz Hazman bin Hashim, Penolong Pegawai Kanan, Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM). Antara objektif program ini adalah untuk mengukuhkan pemerkasaan tanggungjawab dan peranan lelaki selaku pemimpin, pelindung dan pembela keluarga dan masyarakat. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Puan Suraiti Binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah. Turut hadir pada program ini adalah YBrs. Ustaz Muhammad Khalil bin Ibrahim, Pegawai Tadbir Agama Zon 5. Program ini telah disertai oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada kariah masjid. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan dan penghayatan berkenaan lelaki qawwam dalam kaca mata Islam sekaligus melahirkan keluarga dan masyarakat yang sejahtera. Program ini turut disertai oleh golongan wanita sebagai satu inisitatif memberi pencerahan kepada kaum ibu yang akan mendidik anak lelaki menjadi lelaki qawwam yang sebenar. Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI |