15 KELUARGA MUALAF DISANTUNI DENGAN ZIARAH MAHABBAH DARI TEAM DAKWAH JAWI
25 JULAI 2022M | 25 ZULHIJAH 1443H (RABU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Amaniah Mualaf Care Centre, Kepong (AMCC) telah melaksanakan Ziarah Mahabbah Mualaf pada hari Isnin, 25 Julai 2022 bersamaan 25 Zulhijjah 1443 Hijri. Alhamdulillah, seramai 15 keluarga mualaf telah di santuni dan diziarahi sekitar kawasan kepong. Ziarah dengan tujuan mengeratkan silaturrahim disamping memperkukuhkan akidah sesama mualaf ini mendapat kerjasama yang baik dari mualaf yang terpilih. Pelbagai perkongsian dan luahan rasa telah dapat dikongsikan sepanjang sesi ziarah ini. Ketua Penolong Pengarah CKSB, Ustazah Mahfuzah binti Zohdi turut bersama team dakwah JAWI dan NGO AMCC sepanjang sesi ziarah disamping menyampaikan beberapa kalam mutiara nasihat buat sahabat mualaf yang diraikan. Alhamdulillah, sumbangan tunai dan barangan asasi telah disampaikan dengan harapan para mualaf dapat meringankan beban keluarga dan membantu kelangsungan hidup. Semoga ziarah ini dapat memperkukuhkan akidah para mualaf dan JAWI bersama NGO sentiasa komited menjaga kebajikan dengan sebaik mungkin. Disediakan oleh, |