BENGKEL PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) TAHUN 2022
15 JULAI 2022M | 15 ZULHIJAH 1443H (JUMAAT) - Bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar Kompleks Darul Hidayah, telah berlangsung Bengkel Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebagai persediaan kepada tenaga pengajar sebelum memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Seramai 7 orang tenaga pengajar dari Kompleks Darul Hidayah telah mengikuti bengkel tersebut. Objektif utama pelaksanaan bengkel ini adalah untuk meningkatkan keyakinan tenaga pengajar sebelum mereka memasuki kelas pengajian dengan berbekalkan persediaan mengajar yang rapi, sistematik dan berkesan terutamanya di Kompleks Darul hidayah. Puan Upiq Asmar binti Zainal Abidin dari SK Bukit Bandaraya telah dijemput untuk mengendalikan tajuk Keperluan Penyediaan RPH dan Model Penulisan Objektif sebelum P&P. Manakala Cik Immaniah binti Ishak dari SK Bukit Pantai dengan tajuk Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan. Ternyata bengkel tersebut memberi impak yang sangat positif kepada tenaga pengajar untuk lebih bersedia dalam P&P pada masa akan datang. Puan Marriyani binti Mohamad selaku Pengetua Kompleks Darul Hidayah turut mengambil kesempatan meluangkan masa bersama peserta pada hari pertama pelaksanaan bengkel. Melihat komitmen yang diberikan oleh peserta, beliau yakin bengkel tersebut dapat menaikkan semangat mereka untuk lebih kreatif dan berinovatif dalam menyampaikan ilmu kepada para mualaf sepanjang sesi pengajian akan datang. Disediakan oleh, |