JAWI KONGSI ILMU PENGURUSAN JENAZAH BERSAMA MASYARAKAT
30 JUN 2022M | 30 ZULKAEDAH 1443H (KHAMIS) - JAWI melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan MPP Sub Zon 2 telah berjaya mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Penyerahan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada ahli kariah masjid. Perasmian kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kassim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI diiringi oleh Puan Hajah Khatijah Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah serta Tuan Hj. Mohd Shah bin Hasim, Pengerusi Masjid Al-Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Kursus ini telah diselia oleh Ustaz Muhammad Hatta bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Antara pengisian program adalah ceramah berkenaan Pra Pengurusan Jenazah (Adab Menziarahi Jenazah). Kemudian sesi kedua menyentuh berkenaan Tata cara Pengurusan Jenazah yang telah disampaikan oleh Ustaz Warngi bin Wasim. Sesi seterusnya para peserta didedahkan dengan praktikal secara berkumpulan meliputi tatacara mandi, kafan, solat jenazah dan pengkebumian. Sesi ini juga sempat merungkai beberapa persoalan daripada para peserta. Semoga Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta yang hadir seterusnya dapat dimanfaatkan di saat khidmat mereka diperlukan. Disediakan oleh, |