MUALAF KONSISTEN DIBIMBING DAN DIBANTU MELALUI KIFA 6
02 JULAI 2022M | 02 ZULHIJAH 1443H (SABTU) - KIFA Siri 6/2022 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 2 Julai 2022 bersamaan 2 Zulhijjah 1443 Hijri. Alhamdulillah, kehadiran seramai 26 orang peserta mualaf berjaya menarik minat dan maklumbalas yang positif dan komitmen yang ditunjukkan amat positif. Alhamdulillah perkongsian sesi slot ceramah di sebelah pagi melalui Al Fadhil Ustaz Azhar Tuarno dan Al Fadhil Ustaz Mohd Akmal Abdul Aziz sebelah pagi amat baik dan sesi komunikasi 2 hala antara penceramah bersama peserta amat aktif dengan pelbagai soalan dan jawapan. Sesi amali dan praktikal KIFA diteruskan pada sebelah petang dikendalikan oleh fasilitator Guru KDH kepada peserta mualaf. Subhanallah, komitmen dan fokus yang diberikan oleh para peserta menunjukkan kesan dan semangat yang jitu untuk memahami aspek ibadah yang asas berkaitan wuduk dan solat. Majlis penutupan istimewa telah dijalankan pada sesi terakhir dengan ucapan aluan daripada Ustazah Maizura binti Shamsudin dan ucapan perasmian penutup oleh Ustazah Khatijah binti Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPD JAWI yang baharu.Alhamdulillah.Ucapan dan amanat terakhir oleh Ustazah Maizura merangkap Pendaftar Mualaf serta KPPK BPD amat terkesan kepada setiap peserta dan semoga ianya menjadi pendorong kepada peserta untuk terus menuntut ilmu dan memahami amal ibadah di dalam Islam. Para peserta diraikan dengan sesi penyerahan sijil dan gambar bersama urus setia dan fasilitator kursus. Disediakan oleh, |