ZIARAH RAMAH (RAKAN MASJID HOSPITAL) KE HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN (HATTM)
25 MEI 2022M | 25 SYAWAL 1443H (RABU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) dan Bahagian Pengurusan Masjid (BPM) telah berjaya melaksanakan Program Ziarah RAMAH ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Kuala Lumpur. Tujuan utama pelaksanaan ziarah adalah untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di HATTM. Serahan barangan berbentuk keperluan wad hospital disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhammad Hatta bin Abdul Rahman mewakili BPD JAWI manakala sumbangan tunai disempurnakan oleh YBrs. Encik Murshidi bin Abd Hamid, Pegawai Tadbir Agama Zon 4 mewakili BPM JAWI diiringi oleh YBhg. Brig Jen Dato’ (Dr) Rosman Ab Rahman, Pegawai Memerintah HATTM. Sumbangan barangan dan wang tunai tersebut telah diserahkan kepada 50 orang pesakit yang mendapatkan rawatan di Wad Paediatrik dan Wad Perubatan Lelaki & Perempuan HATTM. Semoga dengan penganjuran program dan sumbangan yang disampaikan dapat memberi sokongan moral kepada para pesakit di samping mengeratkan hubungan kolaborasi strategik antara JAWI dan HATTM di masa hadapan. Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI |