05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:04
Zohor
16:27
Asar
19:02
Maghrib
20:16
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MUALAF FOKUS KEPADA PENGISIAN KURSUS INTENSIF FARDU AIN (KIFA) PERINGKAT ASAS SIRI KE-3

284553460 428216979122149 2015131385284203473 n

28 MEI 2022M | 27 SYAWAL 1443H (SABTU) - KIFA Siri 3/2022 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah berjalan dengan baik pada hari Sabtu, 28 Mei 2022 bersamaan 27 Syawal 1443 Hijri yang bermula seawal jam 7.30 pagi bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar, Kompleks Darul Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur dan telah dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Nasri bin Yusof.

Sesi taklimat dan ‘Ice Breaking’ pembukaan kursus disempurnakan oleh Ustaz Abuzar bin Zainudin, Penolong Pengarah Kanan, Unit Kebajikan dan Pengukuhan Akidah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Bermula pada jam 9.00 pagi, ceramah bagi Slot Pertama bertajuk "Selamat Kembali Kepada Fitrah" (Perkukuhkan Asas Fardhu Ain); telah disampaikan secara santai dan jelas melalui pengkongsian yang dekat dengan hati para peserta oleh Ustaz Zainal Abidin bin Abdul Rahim yang pendakwah bebas dari Hidayah Centre Foundation. Peserta kursus memberi respon yang amat baik sepanjang slot pertama berlangsung dan KIFA Siri 3/2022 berhenti rehat seketika tepat jam 11:00 pagi bagi sesi bergambar bersama penceramah seterusnya memberi laluan kepada kerehatan minda para peserta.

Pada jam 11.10 pagi pula, Slot kedua dimulakan oleh Ustaz Mohd Nazar bin Ibrahim, dari Bahagian Pengurusan Dakwah, Kuala Lumpur membentangkan tajuk : "Suci dan Solat" menggunakan paparan slaid berkaitan bersuci dan solat. Peserta kursus diberi kebebasan untuk mengajukan soalan.

Seterusnya, pada jam 1.15 tengah hari, para peserta diberikan masa sehingga 2.00 petang untuk makan tengah hari sebelum Slot ketiga iaitu sesi praktikal dan amali ibadah solat yang dikendalikan oleh 4 fasilitator dijalankan di Surau Al-Hidayah, Kompleks Darul Hidayah sehingga jam 5.00 petang. Menyusul kemudian, satu majlis ringkas dijalankan dimana para peserta diberikan sijil penyertaan dan minuman petang.

Alhamdulillah, diharapkan kursus ini dapat menambah kefahaman dan minat mualaf untuk terus mendalami ilmu-ilmu Fardhu Ain. KIFA Siri 2/2022 ini ditangguhkan tepat jam 5.00 petang. KIFA dalam bahasa Inggeris akan dijalankan pada awal Jun 2022.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

283219025 428217225788791 4624881040988730293 n 283886906 428217159122131 1102847055130265691 n
284095557 428216929122154 8282805342486249979 n 283597825 428217342455446 7122877609451439212 n
283106287 428217022455478 281967569268094016 n  284018133 428217275788786 5202680059479921648 n        
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar