CERAMAH PERDANA TADABBUR AL-QURAN 2022 ANJURAN BERSAMA MAKTAB POLIS DIRAJA MALAYSIA
16 JUN 2022M | 16 ZULKAEDAH 1443H (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Ceramah Perdana Tadabbur Al-Quran Tahun 2022. Program anjuran bersama Maktab Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Cheras ini telah disempurnakan Perasmian Penutupnya oleh YDH ACP Luzza Lenny binti Shahbudin; ACP Pengajian Sains Kepolisan Maktab PDRM, Cheras. Hadir sama adalah YBrs. Puan Suraiti binti Alias; Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI dan YDH DSP Zam Zam bin Yunus; Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard, Maktab PDRM, Cheras. Objektif program ini adalah untuk menggarap ilmu dan pengajaran berkaitan kandungan ayat-ayat suci Al-Quran yang berkaita rapat dengan kehidupan seharian masyarakat Islam. Selain itu sebagai salah satu usaha untuk membudayakan kecintaan terhadap Al-Quran dan memupuk agar sentiasa subur dalam jiwa sanubari. Di samping itu diharapkan program ini para peserta akan dapat menghayati serta mengambil manfaat daripada mukjizat Al-Quran secara optimum dan holistic. Sebelum itu, program ini turut diisi dengan slot ceramah oleh YBrs. Al-Fadhil Ustaz Wan Md Fadhli bin Hamzah; Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan tajuk “Lelaki sebagai Pemimpin Kepada Wanita” berdasarkan kepada Surah An-Nisa’ ayat 34. Disediakan oleh, |