PROGRAM 'MASIH ADA YANG SAYANG' BERSAMA PUSPEN SUNGAI BESI
16 JUN 2022M | 16 ZULKAEDAH 1443H (KHAMIS) - Telah berlangsung Program “Masih Ada Yang Sayang” Tahun 2022 bertempat di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi, Kuala Lumpur. Program ini dianjurkan oleh Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) JAWI dengan kerjasama Masjid Al-Khasyi’in, Taman Desa Petaling dan Madrasah Nurul Yakin PUSPEN. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk menyantuni para pelatih di rumah perlindungan ini dengan memberikan pengisian berbentuk kerohanian dan motivasi di samping ilmu fardhu kifayah khususnya berkaitan pengurusan jenazah. Program ini telah berlangsung dengan sesi ceramah motivasi yang disampaikan oleh Imam Muda Ammar dan ceramah teori pengurusan jenazah yang disampaikan oleh Ustaz Abd Fatah dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Sesi praktikal pengurusan jenazah pula telah dibimbing oleh pegawai dan kakitangan daripada JAWI. Disediakan oleh, |