Majlis Perhimpunan Bulanan, Iftar, dan Khatam Al-Quran JAWI telah diadakan di Dataran Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Majlis yang dihadiri sekitar 300 orang warga kerja JAWI disempurnakan oleh Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI. Turut hadir YB Dato' Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Datin Naini Akmal Che Alias, Pengerusi PUSPANITA JAWI.
Dalam majlis yang sama turut dilancarkan Pamflet ‘Bicara Darah Wanita’ terbitan PUSPANITA JAWI bertujuan memberikan kefahaman kepada masyarakat terutama golongan wanita berkaitan hukum bersuci dengan cara yang paling ringkas, santai dan menarik.
Usaha tersebut merupakan kesinambungan Projek Sumbangan Hygiene Kit Wanita yang telah dilancarkan sebelum ini. Pamflet berkenaan akan diedarkan bersama kit sumbangan kepada pesakit-pesakit wanita di wad-wad semasa sesi ziarah ke hospital. Penerbitannya dijayakan dengan kolaborasi strategik bersama PUSPANITA JAWI, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Yayasan Taqwa.
YB Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga menyampaikan sumbangan sempena Aidilfitri kepada golongan asnaf dan ibu tunggal dalam majlis tersebut.