TEMUDUGA FASILITATOR PKKSK, AKUAJA DAN PUSAT KHIDMAT NASIHAT KEKELUARGAAN 2022
12 Januari 2022 (Rabu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan satu sesi temuduga Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK), Anjung Khidmat Keluarga JAWI (Akuaja) dan Pusat Khidmat Nasihat Kekeluargaan. Temuduga yang diadakan pada kali ini merupakan anjuran Unit Pembangunan Keluarga Islam (UPKI), BPPK JAWI. Seramai lapan orang peserta yang hadir untuk sesi temuduga pada kali ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Antara panel temuduga ialah Tuan Rozimi bin Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK, Ustazah Warda bin Misnon, Ketua Penolong Pengarah BPPK, Ustaz Abdul Jamel bin Jaafar, Ketua Cawangan Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam dan Ustaz Mohammad Maliki bin Yaacob, Penyelaras UPKI. Fasilitator yang bakal dilantik nanti akan ditempatkan di empat lokasi PKKSK, satu di Akuaja dan tiga lokasi Pusat Khidmat Nasihat Kekeluargaan yang akan dibuka di Masjid Pusat Zon di Wilayah Persekutuan. Mereka yang dilantik ini adalah pemudah cara kepada masyarakat untuk membantu dalam menguruskan masalah yang berkaitan isu kekeluargaan, sosial dan komuniti masyarakat setempat. Diharapkan dengan adanya pusat-pusat yang JAWI tawarkan ini kepada masyarakat dapat bantu meringankan masalah yang dihadapi.
Disediakan oleh: Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan |