PERLUASAN KEBENARAN MAJLIS AKAD NIKAH DI MASJID-MASJID TERPILIH DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 1
Alhamdulillah, bermula 1 Ogos 2021, kebenaran majlis akad nikah telah diperluaskan di masjid-masjid yang terpilih di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Sebanyak 63 pasangan pengantin telah melangsungkan majlis akad nikah di masjid-masjid berkenaan dari 1 hingga 15 Ogos 2021. Walau bagaimanapun, para pengantin masih terikat dengan SOP yang ketat bagi menjamin kemaslahatan semua pihak yang terlibat, antaranya: (a) hanya dibenarkan kepada pasangan pengantin yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin daripada JAWI; (b) kehadiran ke majlis akad nikah di masjid-masjid yang terpilih terhad kepada 3 orang sahaja iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali. Jurunikah dan 2 orang saksi adalah dari pihak masjid yang berkenaan; dan (c) semua yang dibenarkan hadir diwajibkan untuk menjalani 'swab test' dan perlu mematuhi semua SOP dan garis panduan yang ditetapkan oleh MKN, KKM dan lain-lain agensi penguatkuasaan berhubung kawalan penularan wabak penyakit. Senarai masjid utama dan masjid kariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan yang dibenarkan pelaksanaan majlis akad nikah dalam tempoh PPN Fasa 1 bermula 1 Ogos 2021 adalah seperti berikut: 1. Masjid Negara, Kuala Lumpur 2. Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur 3. Masjid al-Imam al-Ghazali (Zon 1), Kuala Lumpur 4. Masjid Salahuddin al-Ayubi (Zon 2), Kuala Lumpur 5. Masjid al-Imam ash-Shafie (Zon 3), Kuala Lumpur 6. Masjid Usamah bin Zaid (Zon 4), Kuala Lumpur 7. Masjid al-Muqarabbin (Zon 5), Kuala Lumpur 8. Masjid al-Rahman (Zon 6), Kuala Lumpur 9. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya 10. Masjid Putra, Putrajaya 11. Masjid Mahmoodiah, Putrajaya 12. Masjid An-Nur, Labuan
Disediakan oleh: Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan |