05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:04
Zohor
16:27
Asar
19:02
Maghrib
20:16
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS BACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 [AKTA 303] SIRI 1/2021

Kelas Akta 1 1

15 September 2021 (Rabu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah menganjurkan Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)1984 [Akta 303] Siri 1/2021 secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Program ini telah disertai oleh lebih 80 orang peserta yang terdiri daripada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), wakil jabatan yang berkaitan dan bahagian lain di JAWI serta pegawai dan kakitangan BPPK JAWI selaku urus setia.

Dalam kelas pada kali ini, penceramah jemputan iaitu YAA Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah membuat kupasan berkaitan tajuk Penyenggaraan Daftar Perceraian dan Pembatalan (Seksyen 54, Akta 303) dan juga Pendaftaran Perceraian (Seksyen 55, Akta 303). YAA Dato’ Setia Dr. juga turut menyentuh beberapa seksyen serta akta lain yang berkaitan di samping turut menjawab pelbagai kemusykilan yang timbul dalam kalangan para peserta berkaitan isu-isu perkahwinan, perceraian dan ruju‘ yang berlaku semasa menjalankan tugas.

Program ini sangat memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir melalui kupasan yang terperinci dan penjelasan yang mudah difahami terhadap segala persoalan yang ditimbulkan berdasarkan hujah-hujah Syarak dan juga undang-undang yang berkuat kuasa. Program ini merupakan siri pertama bagi tahun 2021 dan insya-Allah ia akan diteruskan lagi pada masa hadapan demi meningkatkan lagi kefahaman para peserta tentang Akta 303 yang merupakan asas utama dalam urusan perkahwinan, perceraian dan ruju‘ di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Kelas Akta 1 2 Kelas Akta 1 3
Kelas Akta 1 4 Kelas Akta 1 5
1a6 1a5
1a8 1a10

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar