WEBINAR PEMANTAPAN IBADAH MUALAF 2021
31 JULAI 2021M | 21 ZULHIJJAH 1442H (RABU) - Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 31 Julai 2021, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah berjaya menganjurkan WEBINAR PEMANTAPAN IBADAH MUALAF 2021 -PERBAIKI SOLATKU- yang disertai seramai 187 peserta bermula pada jam 8.00 pagi. Program telah dimulakan dengan Ucaptama Webinar yang disampaikan oleh Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail, Pengarah JAWI. Program diteruskan dengan slot ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Wan Ahmad Faiq Bin Wan Adnan, Eksekutif Kanan, Hidayah Centre Foundation yang membentangkan tajuk: “Perbaiki Solatku”. Penceramah menggunakan ilustrasi yang jelas berkaitan praktikal solat dari pergerakan dan sebutan ayat-ayat serta doa yang berkaitan sebagai bahan pembelajaran tambahan kepada peserta kursus. Peserta menunjuk minat yang mendalam ketika sesi ini. Mereka beraktiviti bersama penceramah sepanjang slot berkenaan. Webinar kali ini berakhir pada jam 2.00 petang. Disediakan oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
|