JAWI ANJUR SEMINAR ATAS TALIAN UNTUK MEMBERI PANDUAN KEPADA IBUBAPA DALAM MENANGANI BDR DAN PDPR SEMASA PANDEMIK COVID-19
05 OGOS 2021M | 26 ZULHIJJAH 1442H (KHAMIS) - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Seminar Media Baharu yang dilaksanakan secara atas talian melalui medium facebook JAWI dan Radio JAWI. Seminar ini berlangsung selama dua jam bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Seminar ini dikendalikan oleh moderator selaku DJ Radio JAWI iaitu Ustaz Kamal Amir bin Osman yang lebih dikenali sebagai DJ Kaaf. Penceramah jemputan pula adalah pendakwah yang tidak asing lagi iaitu Ustazah Muzayyanah binti Abdullah yang mengupas mengenai tajuk PDPR & BDR: Bagaimana Mengurus Emosi Ibubapa. Kupasan tajuk ini cukup memberi inspirasi kepada 700 orang peserta yang menyertai seminar ini. Peserta seminar adalah terdiri daripada guru-guru SRA JAWI, guru takmir, warga JAWI dan warga pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat awam. Seminar ini sangat memberi manfaat untuk membelai emosi ibubapa dalam menghadapi norma baharu yang begitu asing dan mencabar dalam mendepani pandemik Covid-19. Disediakan oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
|