MAJLIS BACAAN DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRI SEMPENA SEMARAK MAAL HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1443H/2021M
09 OGOS 2021M | 30 ZULHIJJAH 1442H (ISNIN) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun Hijri sempena Semarak Ma'al Hijrah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 1443H/2021M. Bacaan doa diadakan bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Majlis bacaan doa ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Operasi JAWI, YBrs. En. Mohd Fadzil bin Abu Kassim, Ketua- Ketua Bahagian JAWI serta pegawai JAWI. Seramai 150 orang jemaah solat turut menyertai majlis ringkas ini termasuk ketua-ketua jabatan kerajaan, NGO, guru-guru dan anak kariah Wilayah Persekutuan. Majlis ini juga boleh diikuti melalui Aplikasi Zoom. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengajak masyarakat bersama-sama berdoa agar mengakhiri tahun hijri dengan doa kepada Allah agar segala amalan yang telah dilakukan diterima dan dimulai awal tahun hijri dengan doa memohon kebaikan. Majlis juga turut diadakan dengan Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Zikir Munajat bagi memohon kepada Allah SWT agar mengangkat wabak Cobid19 dan mendoakan kesejahteraan negara. Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
|