KIFA-8 '60 PESERTA MUALAF TIDAK JEMU MENUNTUT ILMU SECARA MAYA’
21 OGOS 2021M | 12 MUHARRAM 1443H (SABTU) - Pada hari Sabtu, 21 Ogos 2021 bermula jam 8.00 pagi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terus menganjurkan Kursus Intensif Fardhu Ain (KIFA) Siri ke-8 secara atas talian. Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Abuzar bin Zainudin, Penolong Pengarah Kanan, Unit Kebajikan dan Pengukuhan Akidah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, turut diikuti oleh Ustazah Maizura binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Ceramah bagi Slot Pertama bertajuk "Selamat Kembali Kepada Fitrah"telah disempurnakan secara santai dan jelas melalui pengkongsian yang dekat dengan hati para peserta oleh Bro Firdaus Wong dari Multiracial Reverted Muslims (MRM). Pelbagai isu berkaitan dunia mualaf telah disentuh dan para peserta memberi respon yang amat baik sepanjang slot pertama berlangsung dan KIFA Siri 8 berhenti seketika pada jam 10:35 pagi bagi memberi kerehatan kepada para peserta. Pada jam 10:45 pagi pula, ceramah bagi Slot Kedua disampaikan oleh Ustaz Mohd Firdauz Bin Mohd Shurkan dari Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti, JAKIM. Beliau membentangkan tajuk : "Suci dan Solat" pada slot ini. Penceramah menggunakan paparan slaid yang menarik berkaitan dengan tajuk dan peserta kursus diberi kebebasan untuk mengajukan soalan. Alhamdulillah, peserta dapat meningkatkan kefahaman dan minat mereka untuk mendalami ilmu-ilmu Fardhu Ain. KIFA Siri 8 pada kali ini ditangguhkan tepat jam 1:20 tengah hari. Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
|