SANTUNI PENDUDUK PERUMAHAN AWAM JALAN HANG TUAH DENGAN SEMANGAT KEMERDEKAAN
26 OGOS 2021M | 17 MUHARRAM 1443H (KHAMIS) - Pada malam tadi, 26 Ogos 2021 (Khamis) telah berlangsung Program Ziarah Dakwah & Silaturrahim Penduduk Setempat (Siri 2) Tahun 2021 di Perumahan Awam Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur. Program ini antara lain bertujuan untuk membantu golongan asnaf atau penduduk yang terjejas dan terkesan disebabkan pandemik wabak Covid-19 ini. Sebanyak 80 bakul makanan barang sumbangan mengandungi beras, gula, tepung gandum, minyak masak, bihun dan biskut telah diedarkan kepada penduduk yang terlibat. Bagi menyahut semangat di Bulan Kemerdekaan ini, satu Kuliah Maghrib dengan tajuk “Hijrah dan Merdeka” telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nadzri bin Mustakim; Imam Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan pelbagai pengisian yang menarik. Tadabbur dari Surah Al-Fil dan Surah Al-Quraisy banyak dikaitkan dengan maksud semangat hijrah dan kemerdekaan yang telah kita kecapi. Moga nikmat keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati selama ini akan terus mekar dalam setiap jiwa masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan dan amnya di seluruh negara Malaysia. Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
|