MAJLIS SERAHAN SUMBANGAN KAIN KAFAN KEPADA HOSPITAL AMPANG, SELANGOR
06 SEPTEMBER 2021M | 28 MUHARRAM 1443H (ISNIN) - Telah berlangsung Majlis Serahan Sumbangan Kain Kafan kepada Hospital Ampang, Selangor. Dalam majlis ini, JAWI telah menyerahkan sumbangan sebanyak 240 set kain kafan bagi menampung keperluan jenazah pesakit Covid-19 di Hospital Ampang. JAWI turut menyampaikan dua unit kerusi roda yang merupakan sumbangan daripada Dr. Haji Mazlan bin Haji Ahmad, Presiden Pertubuhan Zon Ekonomi Perdagangan dan Pelaburan Asia Pasifik. Selain itu JAWI turut menyumbangkan sebanyak 50 buah buku Panduan Bersuci dan Bersolat bagi Pesakit dan 50 buah buku Panduan Pengurusan Jenazah Menurut Islam. Sumbangan telah diserahkan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada YBhg. Dr. Kasuadi bin Hussin, Pengarah Hospital Ampang, Selangor. Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini akan dapat melancarkan urusan pihak hospital dan mengeratkan jalinan kerjasama strategik antara pihak hospital dengan JAWI. Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
|