FRONTLNER JAWI MENERIMA SUMBANGAN BAKUL MAKANAN DARIPADA RUMAH PRIHATIN
12 SEPTEMBER 2021M | 05 SAFAR 1443H (ISNIN) - Alhamdulillah pada hari ini telah berlangsungnya Program Sumbangan Bakul Makanan Kepada Frontliner Pengurusan Jenazah Covid-19 yang telah disempurnakan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengasas Rumah Prihatin. Turut hadir YB Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI dan Ustaz Muhammad Shafiq bin Mohd Zaropi mewakili Team Pasukan Petugas Khas Pengurusan Jenazah Covid-19. Turut menerima sumbangan, frontliner daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL). JAWI mengucapkan ribuan terima kasih kepada Rumah Prihatin dan juga YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Musa atas keperihatinan kepada Pasukan Petugas Khas Pengurusan Jenazah Covid-19 atau dikenali sebagai frontliner JAWI. Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
|