JAWI SANTUNI GOLONGAN ASNAF WANITA SEKITAR KARIAH MASJID AZZUBAIR IBNU AWWAM (2)
30 SEPTEMBER 2021M | 23 SAFAR 1443H (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Masjid Azzubair Ibnu Awwam, Cheras telah mengadakan Program Menyantuni Wanita bagi tahun 2021. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Tuan Haji Mohammad Jelani bin Ugoh, Pengerusi Masjid Azzubair Ibnu Awwam disusuli dengan ucapan daripada YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian sumbangan berupa barang keperluan asas yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail kepada 40 orang asnaf wanita yang terdiri daripada kariah Masjid Azzubair Ibnu Awwam yang terkesan akibat Pandemik COVID - 19. Semoga usaha ini diberkati Allah dan sumbangan seumpama ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh masyarakat. Pada majlis tersebut juga, YBhg. Datuk Pengarah JAWI turut merasmikan Gerobok Rezeki Masjid berkenaan . Hadir sama pada majlis tersebut ialah YBrs. Pn.Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan,BPD JAWI dan Pn.Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah,BPD JAWI serta En Mohd Ariff bin Abdul Samad, Pegawai Tadbir Agama Zon 5, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI. Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
|