TERIMA KASIH USTAZ DAN USTAZAH. BERI KAMI PELUANG SERTAI KIFA 11
02 OKTOBER 2021M | 25 SAFAR 1443H (SABTU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sekali lagi telah berjaya menganjurkan Kursus Intensif Fardhu Ain (KIFA) Siri ke-11 yang disertai seramai 54 peserta mualaf secara atas talian. Program dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Ustazah Maizura binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah, CKSB Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Ceramah bagi Slot Pertama bertajuk "Selamat Kembali Kepada Fitrah" (Perkukuhkan Asas Fardhu Ain); telah disampaikan secara santai dan jelas melalui pengkongsian yang dekat dengan hati para peserta oleh Pemangku Rektor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Ustaz Mohd Farkhan bin Md Zain. Peserta kursus memberi respon yang amat baik sepanjang slot pertama berlangsung dan KIFA Siri 11 berhenti rehat seketika tepat jam 10:45 pagi bagi memberi laluan kepada kerehatan minda para peserta. Slot kedua ceramah, bermula jam 11:00 pagi dan disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazar bin Ibrahim, dari Bahagian Pengurusan Dakwah, Kuala Lumpur membentangkan tajuk : "Suci dan Solat" menggunakan paparan slaid berkaitan kedah bersuci dan solat. Peserta kursus diberi kebebasan untuk mengajukan soalan. Alhamdulillah, KIFA Siri 11 ditangguhkan jam 1:00 tengah hari. KIFA 12 yang merupakan siri terakhir akan dilaksanakan pada 16 Oktober 2021. Kita bersua pada KIFA 12 Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
|