PROGRAM SEMINAR SIFAR HIV TAHUN 2021
05 OKTOBER 2021M | 28 SAFAR 1443H (SELASA) - Telah berlangsung Program Seminar Sifar HIV Komuniti Disayangi Tahun 2021 secara dalam talian anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah(BPD), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama pihak pengurusan Anjung Kelana (Pusat Transformasi Gelandangan), Taman Danau Desa, Kuala Lumpur. Objektif utama program adalah untuk memberi kefahaman dan motivasi kepada peserta tentang tujuan hidup di dunia ini sebagai khalifah Allah dalam usaha untuk memantapkan rohani dan mental para peserta. Program ini telah disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada penghuni Anjung Kelana serta pegawai dan kakitangan BPD selaku urus setia. Turut serta pada program ini ialah Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, BPD JAWI. Program ini adalah antara usaha JAWI dalam menjayakan Inisiatif Pemantapan Mental, Jasmani dan Rohani melalui Pelan Intervensi Agensi Agama Mendepani Covid-19 (PIAGAM C-19). Semoga usaha ini dirahmati dan diberkati Allah SWT dan seterusnya dapat membantu Wilayah Persekutuan dalam mencapai Kuala Lumpur Getting Zero HIV. Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
|