PROGRAM JALINAN KASIH DAN KHIDMAT BAKTI KEPADA ANAK-ANAK YATIM SEMPENA SEMARAK CINTA RASUL 1443H
24 OKTOBER 2021M | 17 RABIUL AWAL 1443H (AHAD) - YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI telah menyampaikan sumbangan kepada YBhg. Dato’ Faridah binti Hj. Omar Shah, wakil serta merangkap Presiden Rumah Anak Yatim Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia. Antara sumbangan yang disampaikan adalah Sumbangan Tunai yang bernilai RM5000, barang keperluan anak yatim yang bernilai RM100 seorang, barang keperluan khas rumah anak yatim yang bernilai RM2000 dan barang keperluan asas daripada JAWI Foodbank. Program Jalinan Kasih dan Khidmat Bakti JAWI Bersama Anak-Anak Yatim Bersempena Semarak Cinta Rasul 1443H/ 2021M yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI ini adalah untuk menyantuni anak-anak yatim dan berkongsi rezeki serta menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW bersempena Hari Maulidul Rasul yang disambut pada 12 Rabiulawal setiap tahun. Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
|