05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:04
Zohor
16:27
Asar
19:02
Maghrib
20:16
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI SANTUNI PESAKIT DI HOSPITAL-CANSELOR TUANKU MUHRIZ

WhatsApp Image 2021 11 11 at 4.00.20 PM

11 NOVEMBER 2021M | 06 RABIUL AKHIR 1443H (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah berjaya melaksanakan Program Ziarah Dakwah Secara Berkala Siri 5 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM-UKM). Program yang diadakan ini adalah selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak hospital yang tidak membenarkan sebarang aktiviti lawatan ziarah pesakit daripada pihak luar. Oleh itu, serahan sumbangan kepada pesakit dilaksanakan secara simbolik melalui wakil pengurusan hospital/ wad bersama pihak JAWI sahaja.

Program ziarah kali ini melibatkan sumbangan 50 pek barangan yang akan diberikan kepada 50 orang pesakit yang mendapatkan rawatan di wad HCTM-UKM. Tujuan utama pelaksanaan program ziarah ini adalah untuk memastikan pesakit mendapat sokongan moral di samping JAWI dapat menyalurkan sumbangan berbentuk barang keperluan harian yang mana mampu membantu meringankan bebanan pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital. 
 
Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI mewakili YBhg. Datuk Pengarah JAWI kepada YBrs. Puan Aliza Mansor, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan, HCTM-UKM.
 
Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
 
WhatsApp Image 2021 11 11 at 4.00.20 PM 1
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar