KELAS TAFAQQUH MUNAKAHAT KEPADA PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU’ ORANG ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 2/2020
23 September 2020 - Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah menganjurkan program Kelas Tafaqquh Munakahat Kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Siri 2/2020 bertempat di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar, Kuala Lumpur. Ceramah bertajuk Perwalian dan Nasab: Kendalian Kes-Kes Berkaitan di Mahkamah Syariah telah disampaikan oleh Tuan Mohd Saifullah bin Hamzah, Peguam Syarie Persekutuan, Jabatan Peguam Negara. Antara pengisian program ini juga adalah soal jawab berkaitan isu-isu nikah, cerai dan ruju’ bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK, Tuan Rozimi bin Zamri dan sesi ini telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Abd Nasir bin Abdullah, Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program ini telah disertai oleh lebih 80 orang peserta yang terdiri daripada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan termasuk daripada Putrajaya dan Labuan serta pegawai BPPK JAWI selaku urus setia.
Disediakan oleh: Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI Foto oleh: BPPK JAWI Teks oleh: BPPK JAWI |