SANTUNI GELANDANGAN DALAM BICARA SANTAI KOMUNITI DISAYANGI SIRI 1 TAHUN 2020
SANTUNI GELANDANGAN DALAM BICARA SANTAI KOMUNITI DISAYANGI SIRI 1 TAHUN 2020
22 September 2020, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menyantuni golongan gelandangan di ibukota bertempat di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. Memahami tekanan meneruskan kelangsungan hidup, pihak Jawi menyantuni mereka dengan mendekati dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian.
Sebelum itu, program Bicara Santai Komuniti Disayangi Siri 1 dimulakan dengan sesi pengisian ilmu yang bertajuk ‘Indahnya Hidup Bersyariat’ telah disampaikan oleh Ustaz Haji Zakaria bin Haji Mohamad; Ketua Imam Masjid Al-Ubudiah, Segambut pada jam 6.00 petang.
Majlis diteruskan dengan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Norhafizi bin Ab Rahim dan makan malam.
Selanjutnya majlis disambung dengan Majlis Perasmian oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail; Pengarah JAWI. Turut hadir sama adalah YBrs. Puan Siti Razmah binti Idris; KPPK Dakwah, YBrs. Ustaz Che Khalek bin Abdullah; KPP CHKI dan YBrs. Tuan Syed Anas bin Dato’ Syed Ali; Pengurus Operasi Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.
Dalam ucapannya, Tuan Pengarah JAWI gembira dengan sambutan yang menggalakkan dari peserta. Beliau juga menekankan tentang usaha yang perlu kita lakukan supaya dapat menambah baik dan melonjakkan diri ke tahap yang lebih baik di masa hadapan.
Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa paras dan kemewahan yang kita ada, namun apa yg tertulis dan dapat kita amalkan dari hati-hati kita yang ikhlas. Banyakkan berbuat baik sesama manusia, moga-moga ada sedikit amalan baik kita diterima oleh Allah SWT.
Jumlah paparan: 2283