TEKNIK PENULISAN BERKESAN DI MEDIA SOSIAL BERI IMPAK POSITIF
SEMINAR CELIK ICT MENGIKUT ACUAN ISLAM
14 SEPT 2020M | 26 MUHARRAM 1442H (ISNIN) - "Sharekan perkara-perkara yang baik " Itu antara ucapan yang ditekankan oleh Timbalan Pengarah Operasi JAWI, YBrs. Tuan Hanifuddin bin Roslan semasa merasmikan Seminar Celik ICT Mengikut Acuan Islam di Masjid Negara hari ini anjuran BPD JAWI dengan kerjasama Masjid Negara.
Program yang berlangsung selama separuh hari ini bertujuan melahirkan penulisan dakwah di media baharu, selain memberi celik akal kepada peserta tentang peri penting ketelitian penulisan dakwah di media sosial.
Slot dimulakan dengan tajuk : Semak Sebelum Sebar disampaikan oleh penceramah jemputan khas, Pn. Norlia binti Madian (Bonda Nor) dari Akademi Bonda Nor.
Para peserta terdiri daripada wakil-wakil Jabatan & Agensi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Kuala Lumpur. Majlis diteruskan dengan slot ke 2: Share dengan Hikmah yang disampaikan oleh penceramah yang sama.
Majlis Perasmian Penutup telah dilaksanakan oleh YBrs. TPO JAWI dalam suasana yang sederhana, namun mematuhi panduan yang ditetapkan oleh pihak KKM dan MKN. Perasmian yang diadakan di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara dengan kehadiran KPP CHKI BPD, Ustaz Che Khalid bin Abdullah.
Disediakan oleh:
Unit Media Baharu, Cawangan Hadhari & Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah
Jumlah paparan: 1964