60 PESAKIT WAD UROLOGI HKL TERIMA SUMBANGAN BARANGAN HARIAN
60 PESAKIT WAD UROLOGI HKL TERIMA SUMBANGAN BARANGAN HARIAN
10 SEPTEMBER 2020M | 22 MUHARRAM 1442H (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui anjuran Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah berjaya melaksanakan Program Ziarah Dakwah Secara Berkala Siri 4 di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak hospital yang tidak membenarkan sebarang aktiviti lawatan/ ziarah pesakit daripada pihak luar, JAWI telah mengambil inisiatif melaksanakan program tanpa melibatkan pesakit. Serahan sumbangan kepada pesakit dilaksanakan secara simbolik melalui wakil pengurusan hospital/wad bersama pihak JAWI sahaja.
Program ziarah kali ini melibatkan 60 pesakit daripada Wad Urologi HKL. Tujuan utama pelaksanaan program ziarah ini adalah untuk memastikan pesakit di hospital/ pusat perubatan mendapat sokongan moral di samping JAWI dapat menyalurkan sumbangan berbentuk barang keperluan harian yang mana mampu membantu meringankan bebanan pesakit di hospital/ pusat perubatan dan juga waris.
Rombongan ziarah daripada JAWI diketuai oleh YBrs. Puan Nik Norliza binti Nik Kamaludin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah (JAWI) mewakili YBrs. Pengarah JAWI. Manakala, wakil dari HKL pula diketuai oleh YBrs. Puan Nor Hazaneah binti Mohamed@Salleh, Ketua Jururawat Wad Urologi 3B, HKL dan Puan Eliza Aseng, Ketua Jururawat Wad Urologi 3A, HKL. (Serahan sumbangan kepada pesakit di dalam wad ini disampaikan oleh wakil wad HKL).
Disediakan oleh:
Unit Kebajikan Islam
Cawangan Penyelarasan dan Kebajikan Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jumlah paparan: 2025