05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:04
Zohor
16:26
Asar
19:01
Maghrib
20:15
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SAUDARA BARU KUASAI AL-QURAN DALAM TEMPOH MASA SINGKAT GUNA KAEDAH AL-HIRA'

SAUDARA BARU KUASAI AL-QURAN DALAM MASA SINGKAT
15 SEPTEMBER 2020M | 27 MUHARRAM 1442H (SELASA) - Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah menganjurkan Kursus Intensif Fardhu Ain (KIFA) Saudara Baru Peringkat Pengukuhan Tahun 2020 selama 7 hari bermula 9 September 2020 (Rabu) sehingga 15 September 2020 (Selasa)  bertempat di Kompleks Darul Hidayah Kuala Lumpur. Pendaftaran kursus pada 9 September 2020 telah menyenaraikan  seramai 30 orang peserta menghadiri kursus ini. Turut hadir dalam kursus ini adalah peserta dari PERKIM dan Hidayah Center Foundation.

    

Majlis penyerahan peserta kepada pihak Al- Hira' Training Centre telah disempurnakan  oleh Pn. Maizura bt Shamsuddin, KPP Caw. Kebajikan Saudara Baru selepas sesi pendaftaran. Objektif KIFA pada kali ini bertujuan untuk melahirkan saudara baru yang boleh membaca dan menguasai Al-Quran dalam tempoh yang singkat. Fokus KIFA pada kali ini adalah berkenaan pembelajaran Al-Quran menggunakan kaedah Al-Hira’ yang dibimbing oleh Tuan Haji Zulpan Nasution bin Mahad, Pengarah Al-Hira’ Training Centre dengan dibantu oleh Fasilitator seramai 6 orang dari kalangan tenaga pengajar Al-Hira’ Training Centre.Pendedahan kepada kursus ini menunjukkan hasil yang sangat memberangsangkan kerana ada dijkalangan peserta yang mampu membaca Al-Quran dalam tempoh 3 hingga 5 hari kursus ini diadakan.

Bermula 9 September 2020 yang lalu, para peserta yang menyertai kursus ini menginap sepenuh masa di asrama Kompleks Darul Hidayah. Pengisian program sepanjang hari bermula dengan Solat Subuh berjemaah dan kuliah subuh yang disampaikan oleh Fasilitator yang bertugas. Seterusnya sesi kelas mengenal makhraj serta  pengenalan kepada kaedah Al-Hira’.  Para peserta juga akan dibawa melawat ke Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya pada 14 September 2020 nanti bagi memberi pengalaman kepada para peserta melihat sendiri bagaimana proses Al-Quran dicetak dan dibukukan.

    

Majlis Perasmian Penutup Kursus Intensif Fardhu Ain (KIFA) Saudara Baru Tahun 2020 telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada jam 2.30 petang bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar, Kompleks Darul Hidayah.
Turut hadir, Tuan Hj Zulpan Nasution bin Mahad, Pengarah Urusan Al-Hira’ Training Centre, Puan Maizura binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, Us. Che Khalek bin Che Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, Us. Muhammad Jais Mariapan, Wakil dari PERKIM.
Di dalam majlis tersebut, En. Muhammad NurIman bin Martin dinobatkan sebagai Peserta Lelaki Terbaik Keseluruhan dan Pn. Dayang Madinah Fong binti Abdullah sebagai dinobatkan Peserta Wanita Terbaik Keseluruhan. Manakala Peserta Terbaik Pembaca Al-Quran Kategori Lelaki dinobatkan kepada En. Shahrul Asri bin Asmi dan Pn. Nor Atikah binti Magian dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Pembaca Al-Quran Kategori Wanita.

  

    

Disediakan oleh:
Cawangan Kebajikan Saudara Baru
Bahagian Pengurusan Dakwah

Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar