LAWATAN KERJA BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA (BPPK) JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) KE PUSAT KAUNSELING ISLAM AL-GHAZALI (PKIA), MASJID KHALID BIN AL-WALID MKWK KEMENTAH
3 September 2020/15 Muharram1442H - Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Kaunseling Islam Al-Ghazali (PKIA) untuk meninjau prasarana PKIA serta bertukar-tukar pandangan dan idea dalam isu-isu kaunseling keluarga selain menjalinkan hubungan yang erat antara pihak JAWI dengan MINDEF.
Delegasi JAWI seramai 4 orang yang diketuai oleh Ustaz Abdul Jamel bin Jaafar, Penolong Pengarah Kanan, BPPK (Ketua Cawangan Pembangunan Keluarga Islam) diiringi oleh tiga pegawai BPPK.
Terdapat banyak kebaikan yang diperolehi hasil daripada lawatan dan perbincangan yang boleh dipraktikkan bagi tujuan penambahbaikan operasi BPPK, JAWI khasnya yang berkaitan dengan pusat kaunseling JAWI di Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK). Diharapkan agar pertemuan ini akan berpanjangan dimasa akan datang.
Disediakan Oleh :
Unit Pembangunan Keluarga Islam,
Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.