MAJLIS AMANAT PENGARAH JAWI BERSAMA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG29 (TETAP) LANTIKAN BARU TAHUN 2020
03 Ogos 2020 I 13 Zulhijjah 1441H (Isnin) – Majlis Amanat Pengarah JAWI Bersama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 (Tetap) Lantikan Baru 2020, telah diadakan pada 03 Ogos 2020 (Isnin) bermula jam 8.00 pagi di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
YBhg. Pengarah JAWI telah menyampaikan amanat beliau kepada 109 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 (Tetap) Lantikan Baru 2020 pada majlis tersebut. Lantikan tersebut melibatkan pecahan seramai 15 orang guru Bahasa Inggeris, 7 orang guru Bahasa Melayu, 7 orang guru Matematik, 4 orang guru Sains, 2 orang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan manakala 74 orang guru Pendidikan Islam. Guru-guru ini ditempatkan di 5 buah Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Antara pengisian majlis ini adalah Taklimat Pengurusan Sumber Manusia dan Taklimat Bahagian Pelajaran kepada semua guru yang terlibat.
Turut diadakan acara Bacaan Ikrar Aku Janji Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 (Tetap) Lantikan Baru yang telah diketuai oleh En. Zulkifli bin Jamaluddin dengan disaksikan oleh Pengarah JAWI.
Disediakan Oleh:
Bahagian Pelajaran